Kelas ICT – Kuiz Microsoft Word

3 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Word kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Word yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan mengklik kuiz Microsoft Word bertajuk Year 7 Spreadsheet DNA. Mereka dikehendaki untuk memadankan perkataan dengan gambar yang betul menggunakan template Labelled Diagram. Markah akan diberikan selepas mereka selesai memadankan perkataan dan gambar berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali